Search

Bagaimana nak selesaikan segala masalah hidup?
  • Share this:

Bagaimana nak selesaikan segala masalah hidup?

(Jawapannya ada pada lima kertas kosong yang ada dalam simpanan anda.)

Baik, sediakan lima kertas kosong bersaiz A4.

Kertas pertama, tulis lima perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SETAHUN sahaja lagi…”

Kertas kedua, tulis lima perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SEBULAN sahaja lagi…”

Kertas ketiga, tulis lima perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SEMINGGU sahaja lagi…”

Kertas keempat, tulis lima perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SEHARI sahaja lagi…”

Kertas kelima, tulis lima perkara yang akan saya buat:

“Jika saya hidup SATU JAM sahaja lagi…”

Okey, ambik masa, tulislah lima sahaja yang anda akan buat pada lima kertas tu.

Apa apapun jawapan anda pada kertas tu, saya percaya, separuh dari masalah hidup anda akan dapat diselesaikan.

Saya ulang! Apa apapun jawapan anda pada kertas tu, saya percaya, separuh dari masalah hidup anda akan dapat diselesaikan.

Dan Sesiapa tak pernah jawab lima soalan ini dalam hidupnya, akan sangat meyesal bila tiba tiba sahaja mati mengejut.

Jadi untuk jawab semua soalan ini, kena faham lima perkara yang paling penting dalam hidup.

Tahukan apakah lima perkara paling beharga dalam hidup? Iaitu:

(1) Agama, (2) Cinta, (3)Kesihatan (4) Sumber Rezeki (5) Masa lapang.

Jom bedah nikmat.

1.Agama

Bayangkan jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab ala mini terlalu besar untuk kita mencxari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah hambar dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.

Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati, terima kasih Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat MneyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!

2. Cinta

Bayangkan jika kita hidup tanpa Cinta? Tak ada orang sayang kita sebab kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh dengan pasangan, bergaduh dengan anak anak, bergaduh dengan kawan dan jiran, lepas tu kita sangka kita akan bahagia? Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia, amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati.

3. Kesihatan.

Bayangkan jika kita mampu daki gunung Kinabalu? mampu meyelam di laut biru? Mampu berkuda, memanah dan berenang macam nabi?bayangkan betapa nikmatnya hidup.. tapi bayangkan pula jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar darah, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena penyakit, cinta dan agama akan bantu kurangkan beban penderitaan. Take note.

4. Sumber Rezeki

Bayangkan jika kita hidup miskin, susah, hutang keliling pinggan, aduh… menjadi miskin tidak haram tapi menuysahkan orang itu haram, menjadi kaya tidak haram juga maka usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah. Dengan wang kita mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi dengan miskin kita boleh membeli penderitaan. Takde noted.

5. Masa lapang.

Bayangkan jika kita hidup tanpa masa lapang, maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk tambah pendapatan, untuk tambah nilai cinta, untuk tambah keluasan syurga, hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi.

Akhir kata: PASTIKAN:

Jangan mati bawa hutang, maka dalam tempoh setahun, sebulan, seminggu, sehari dan sejam itu pastikan ada ruang untuk bayar hutang pada Tuhan, hutang pada orang tersayang, hutang kepada kawan, hutang kepada alam, hutang kepada kerjaya dan hutang kepada diri sendiri.

Hutang ni bukan wang ringgit sahaja, tapi termasuk ahlak yang baik serta kasing sayang.

Dan syukur Allah kerana sedang berikan kelima lima nikmat itu kepada saya.

Dan saya sedang menikmati kelima lima ini. Dah boleh mati dengan aman InsyaAllah..

Alhamdulillah. Nikmat mana lagi yang kita dustakan.

Semoga Woha sampai syurga.

Ps: Rujuk video, Saya belajar tiga sukan Sunnah Nabi, memanah, berenang, dan berkuda.., waktu naik kuda ustaz rakam video saya sambil ustaz bagi tazkirah, saya terus share dalam bentuk video, nikmat mana lagi yang kita dustakan. Terima kasih sudi Subscribe Channel Youtube saya.

https://youtu.be/ao2Z1M0Cs_0


Tags:

About author
not provided